Selamat Datang Ke Abu Faris Web Site...
Selamat Datang Ke Abu Faris Web Site... Fight For Islam... We Who Are Not As Others...

 

 

Home Salam Sejahtera Kata Hikmah Pepatah Iklan

Assalamualaikum Wr.Wb

Pengenalan
        Pepatah Terhasil Daripada Sesuatu Peristiwa Yang Berkaitan Dengan Kehidupan Harian           Anggota Masyarakat:-
  1. Ada Padang, Adalah Belalang, AdaAir, Adalah Ikan, Ada Batang, Adalah Cendawan Tumbuh.
  2. Akal Tak Sekali Datang, Fikiran Tak Sekali Tiba.
  3. Bagai Pucuk Dilancarkan, Bagai Kumbang Putus Tali, Bagai Belut Digetil Ekor, Bagai Kilat Pantasnya.
  4. Bawa Resmi Padi, Makin Berisi Semakin Tunduk.
  5. Beralih Kain Ke Balik Rumah, Beralih Cakap Ke Balik Lidah.
  6. Bergalah Ke Hilir Ketawa Buaya, Bersuluh Di Bulan Terang, Tertawa Harimau.
  7. Berjalan Pelihara Kaki, Bercakap Pelihara Lidah.
  8. Berserah Berkebilan, Berpesan Berturutan, Bertaruh Dipermalami.
  9. Besar Pasak Dari Tiang, Besar Sendal Dari Gelegar.
  10. Biar Mati Dengan Nama Baik, Daripada Hidup Dengan Nama Jahat.
  11. Direndam Tak Basah, Dibakar Tak Hangus.
  12. Ditangkap Buaya Nampak Riaknya, Ditangkap Malas Tidak Bertanda.
  13. Harimau Mati Meninggalkan Belang, Gajah Mati Meninggalkan Tulang, Manusia Mati Meniggalkan Nama.
  14. Hendak Kaya Berdikit-Dikit, Hendak Tuah Bertabur Hurai, Hendak Berani Berlawan Ramai.
  15. Hidup Kayu Berbuah, Hidup Hidup Manusia Biar Berjasa.
  16. Hilang Bini Boleh Dicari, Hilang Budi Badan Celaka.
  17. Hitam-Hitam Tahi Minyak Dimakan Juga, Putih-Putih Hampas Kelapa Dibuang.
  18. Hutang Emas Boleh Dibayar, Hutang Budi Dibawa Mati.
  19. Ikut Hukum Memiat Daging, Sakit Di Awak, Sakitlah Di Orang.
  20. .Ikut Suka Luka, Ikut Hati mati, Ikut Rasa Binasa.
  21. Jangan Dibawa Resmi Jagung, Makin Berisi Semakin Cekang (Tegang).
  22. .Kasih Bak Lama Juga.
  23. .Kayu Mati Berpunggur, Manusia Mati Biar Bernama.
  24. .Kerbau Sekawan Dapat Dikawal, Manusia Seorang Tak Terkawal.
  25. .Kurang Wang Ringgit Boleh Dicari, Kurang Akal Habis Bicara.
  26. .Labu Tak Melata ke Hulu, Kundur Tak Menjalar Ke Hilir.
  27. .Lain Biduk, Lain Digalang, Lain Bengkak, Lain Menanah.
  28. .Lain Padang Lain Belalang, Lain Lubuk Lain Ikan, Lain Negeri Lain Adatnya.
  29. .Malu Bertanya Sesat Jalan, Segan Berkayuh Perahu Hanyut.
  30. .Mandi Di Olak-Olak, Cakap Di Bawah-Bawah, Tunduk Kepala Bukan Minta Dipijak.
  31. Masa Hinggap Mara Terbang, Masa Bergesel Sambil Lalu, Enggang Lalu Ranting Patah.
  32. .Muda Akan Tua, Hidup Akan Mati, Dunia Akan Tinggal, Bilatah Lagi?
  33. .Putih Tulang Dikandung Tanah, Budi Yang Baik Dikenang Juga.
  34. .Raja Adil Raja Disembah, Raja Tak Adil Raja Disanggah.
  35. .Sayang Emak Sayang Sahaja, Sayang Bapa Menambah Harta, Sayang Saudara Semasa Ada.
  36. .Sekali Jalan Terkena, Dua Kali Jalan Tahu, Tiga Kali Jalan Mengena.
  37. .Sekali Merengkuh Dayung, Dua Tidak Pulau Terlangsung, Sekali Mengorak Pura, Dua Tiga Hutang Langsai.
  38. .Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna.
  39. .Siang Terkenang, Malam Termimpi, Makan Tak Kenyang, Tidur Tak Lena, Mandi Tak Basah, Berminyak Tak Licin.
  40. .Terkilan Di Hati, Terkenang Di Mata, Terasa Bak Duri Di Dalam Daging.
  41. Terlajak Perahu Boleh Di Undur, Terlajak Kata Emas Padahnya.
  42. .Yang Teguh Disokong, Yang Rebah Ditindih.